Telangana తెల౦గాణ تلنگانہ | |
---|---|
Negara | India |
Kawasan | India Selatan |
Established | 2 June 2014 |
Ibu negeri | Hyderabad |
Bandar terbesar | Hyderabad |
Daerah | 10 |
Pentadbiran | |
• Gabenor | E. S. L. Narasimhan |
• Ketua Menteri | Kalvakuntla Chandrashekar Rao (TRS) |
• Perundangan | Dwidewan (119 + 40 kerusi) |
• Lok Sabha constituencies | 17 |
• Mahkamah Tinggi | Mahkamah Tinggi Kehakiman di Hyderabad |
Keluasan | |
• Jumlah | 114,840 km2 (44,340 batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-12 |
Penduduk (2011) | |
• Jumlah | 35,286,757 |
• Pemeringkatan | ke-12 |
• Kepadatan | 310/km2 (800/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+05:30 (IST) |
Kod ISO 3166 | IN-xx (not assigned) |
Pendaftaran kenderaan | TG[1][2] |
Kecelikan huruf | 66.46% |
Bahasa rasmi | Telugu, Urdu |
Laman sesawang | telangana.gov.in |
Telangana adalah negeri yang ke-29 dan terbaru di India. Dahulu ia merupakan sebahagian daripada negeri Hyderabad yang diperintah oleh raja-raja Nizam semasa British sehingga tahun 1947. Pada 1948 ia menyertai Kesatuan India. Pada tahun 1956, negeri Hyderabad dibubarkan dan Andhra Pradesh telah digabungkan dengan Telangana membentuk Andhra Pradesh. Pada 2 Jun 2014, Andhra Pradesh di bahagi dua dan Telangana menjadi negeri ke-29 di India. Bandar Hyderabad akan menjadi ibu negeri Telangana. Telangana adalah negeri kedua belas terbesar dari segi saiz dan bilangan penduduk.
Telangana bersempadan dengan negeri Maharashtra, Karnataka, Chhattisgarh dan Odisha. Luasnya 114.840 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai 35286757 (bancian 2011). Bandar-bandar besar seperti Hyderabad, Secunderabad, Warangal, Nizamabad, Khammam dan Karimnagar terletak di Telangana.
Istilah "Telangana" bertasdal dari bahasa Telugu yang bermaksud "negara dari tiga lingas". Menurut legenda Hindu, Tuhan Siva menjelma sebagai Lingga kepada tiga gunung, iaitu Kaleshwaram, Srisailam dan Draksharama iaitu "Thelinga", "Telunga" dan "Telugu".
Raja Malik Makbul dipanggil Tilangani iaitu dari Tilangana. Beliau dilahirkan sebagai seorang Hindu yang bernama Nagaya Ganna dan dipanggil Yugandhar. Beliau adalah anak kepada Dadi Nagadeva. Yugandhar adalah komander Warangal Fort.
|work=
at position 4 (bantuan)