Telescopium | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Telescopium |
Singkatan | Tel |
Genitif | Telescopii |
Sebutan | /teleskopium/, genitif /teleskopi.i/ |
Simbolisme | Teleskop |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
19 | |
Keserongan | −50 |
Sukuan | SQ4 |
Keluarga | La Caille |
Keluasan | 252 darjah persegi (ke-57) |
Bintang | |
Bintang utama | 2 |
13 | |
Bintang dengan planet | 0 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 0 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2 |
Bintang paling terang | α Tel (3.49m) |
Bintang terhampir | Gliese 754 (19.35 tc, 5.93 pc) |
Objek | |
Objek Messier | Tiada |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +40° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos. | |
sunting |
Teleskop atau Telescopium (Tel) ialah sebuah buruj kecil di hemisfera samawi selatan, salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta pada abad ke-18 oleh ahli astronomi Perancis Nicolas Louis de Lacaille dan salah sebuah daripada beberapa buah buruj alat sains. Namanya dalam bahasa Latin adalah daripada perkataan bahasa Yunani untuk teleskop. Telescopium kemudian dikecilkan dari segi saiz oleh Francis Baily dan Benjamin Gould.
Bintang tercerah dalam buruj ini ialah Alpha Telescopii, sebuah subraksasa biru-putih dengan magnitud ketara sebanyak 3.5, diikuti oleh bintang raksasa jingga Zeta Telescopii pada magnitud 4.1. Eta dan PZ Telescopii merupakan dua sistem bintang muda dengan cakera debu dan kerdil perang pendamping. Telescopium merumahkan dua buah bintang luar biasa dengan sangat kurang hidrogen yang kemungkinan terhasil daripada dua buah kerdil putih bergabung: HD 168476, juga dikenali sebagai PV Telescopii, ialah sebuah bintang helium ekstrem biru panas, sementara RS Telescopii ialah sebuah bintang berubah R Coronae Borealis. RR Telescopii ialah sebuah bintang berubah kataklismik yang mencerah sebagai nova kepada magnitud 6 pada 1948.