Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tempoh Perantaraan Pertama Mesir

Tempoh Perantaraan Pertama Mesir
kk. 2181 SM – kk. 2055 SM
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanMesir Purba
Agama
Agama Mesir kuno
KerajaanMonarki
Firaun 
• kk. 2181 SM
Menkare (pertama)
• kk. 2069 SM – kk. 2061 SM
Intef III (terakhir)
Sejarah 
• Didirikan
kk. 2181 SM 
• Dibubarkan
 kk. 2055 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Lama Mesir
Kerajaan Pertengahan Mesir
Sekarang sebahagian dari Mesir

Tempoh Perantaraan Pertama, sering kali digambarkan sebagai "zaman kegelapan" dalam sejarah Mesir purba, menjangkau kira-kira 125 tahun, dari kk. 2181-2055 SM, selepas berakhirnya Kerajaan Lama.[1] Ia terdiri daripada Dinasti Ketujuh (walaupun kebanyakannya dianggap palsu oleh ahli Mesir), Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, dan sebahagian dari Dinasti Kesebelas. Konsep "Tempoh Perantaraan Pertama" dicipta pada 1926 oleh pakar-pakar Mesir Georg Steindorff dan Henri Frankfort.[2]

Bukti melalui monumen sangat sedikit yang bertahan dari zaman ini, terutama dari awal era. Tempoh Perantaraan Pertama adalah masa yang dinamik di mana pemerintahan Mesir dibahagikan antara dua pangkalan kuasa yang bersaing. Salah satu pangkalannya adalah di Heracleopolis di Mesir Hilir, sebuah kota di selatan rantau Faiyum. Yang lain adalah di Thebes di Mesir Hulu.[3] Adalah dipercayai bahawa pada masa ini, kuil-kuil telah dijarah dan diserang, karya seni telah dirosakkan, dan patung-patung raja telah dipecah atau dimusnahkan akibat kekacauan politik yang berlaku.[4] Kedua-dua kerajaan ini akhirnya berkonflik, yang membawa kepada penaklukan utara oleh raja-raja Thebes dan penyatuan semula Mesir di bawah pemerintahan tunggal, Mentuhotep II, semasa bahagian kedua Dinasti Kesebelas. Peristiwa ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan Mesir.

  1. ^ Kathryn A. Bard, An Introduction to the Archaeology of Ancient Egypt (Malden: Blackwell Publishing, 2008), 41.
  2. ^ Schneider, Thomas (27 August 2008). "Periodizing Egyptian History: Manetho, Convention, and Beyond". Dalam Klaus-Peter Adam (penyunting). Historiographie in der Antike. Walter de Gruyter. m/s. 181–197. ISBN 978-3-11-020672-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Gardiner, Alan (1961) Egypt of the Pharaohs (Oxford University Press), 107-109.
  4. ^ Breasted, James Henry. (1923) A History of the Ancient Egyptians Charles Scribner's Sons, 133.

Previous Page Next Page