Tempoyak | |
---|---|
Nama alternatif | asam durian |
Jenis | Pencicah |
Jenis sajian | hidangan sampingan |
Tempat asal | Malaysia[1] [2][3] |
Kawasan/rantau | Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo |
Masakan berkaitan | Brunei, Malaysia, Singapura |
Dicipta oleh | Melayu |
Suhu penghidangan | Suhu bilik atau sejuk |
Bahan utama | Durian |
sunting · sunting di Wikidata |
Tempoyak (Jawi: تمڤويق ) dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan tertapai dalam suhu bilik selama tiga hingga lima hari. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Ia juga terkenal di Borneo.