Tenaga angin adalah tenaga kinetik udara yang bergerak. Jumlah tenaga angin yang bertiup dari kawasan A bayangan pada sesuatu masa t adalah:
E = A . v . t . ρ . ½ v2,
di mana v merupakan pecutan angin dan ρ merupakan kepadatan udara. Formula dibentangkan secara berstruktur dalam 2 bahagian: (A . v . t) merupakan isipadu udara bergerak merentasi A, yang dianggap pada sudut tepat kepada kelajuan udara; (ρ . ½ v2) merupakan tenaga kinetik udara yang bergerak bagi setiap unit isipadu.
Jumlah keseluruhan kuasa angin adalah:
P = E / t = A . ρ . ½ v3
Kuasa angin dengan itu berkadar dengan kuasa ketiga bagi kelajuan angin.