Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tenaga kerja

Tenaga kerja ialah kumpulan buruh dalam penggajian. Istilah ini umumnya digunakan untuk memerikan mereka yang bekerja untuk sebuah syarikat atau industri, tetapi kadang-kadang ia juga digunakan untuk kawasan geografi seperti bandar raya, negara, negeri, dan sebagainya. Istilah "tenaga kerja" secara umumnya tidak merangkumi majikan atau pengurusan. Ia juga boleh merangkumi kesemua mereka yang sedia untuk bekerja.

Pekerja boleh menjadi anggota kesatuan sekerja, dengan kesatuan itu menjalani perundingan tentang gaji dan keadaan bekerja. Jika keresahan buruh berlaku, kesatuan sekerja memainkan peranan penyelarasan untuk mengatur undi tenaga kerja dan mengambil tindakan mogok.


Previous Page Next Page