Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz | |
---|---|
تڠکو ظفرول عزيز | |
![]() | |
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 5 November 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bendahari BN & UMNO Selangor | |
Dalam jawatan 31 Julai 2022 – 31 Mac 2024 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Pengerusi BN & UMNO Selangor | Megat Zulkarnain Omardin |
Didahului oleh | Jamal Yunos |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() Timbalan I Yamani Hafez Musa Timbalan II |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Senator |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() Timbalan I ![]() ![]() Timbalan II |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Senator |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz 25 Jun 1973 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | YM Datin Seri Utama Raja Johanna Adrina binti Raja Arshad (k. 2011) |
Anak | YM Tengku Zahra Jasmina binti Tengku Zafrul
YM Tengku Zayn Aqeel bin Tengku Zafrul YM Tengku Zaeem Khalif bin Tengku Zafrul YM Tengku Zahira Eusnie binti Tengku Zafrul |
Saudara | Mustafa Albakri Hassan (Moyang) Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bapa saudara) Zahim Albakri (Bapa saudara) |
Tempat belajar | Universiti Bristol Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan Universiti Exeter Sarjana Seni dalam Kewangan dan Pengurusan Universiti Tsinghua Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kali kedua) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurubank |
Gaji | RM62,077.20 sebulan[1] |
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Jawi: تڠکو ظفرول بن تڠکو عبد العزيز ; lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli politik, ahli Dewan Negara, Pelabur dan Tokoh Korporat Malaysia yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia[2][3]. Di peringkat parti beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan bekas Bendahari UMNO Selangor (letak jawatan 1 April 2024).
Beliau dilantik sebagai Pengurus Bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah Bank Universal ASEAN terkemuka, serta Pemimpin Dunia dalam Kewangan Islam. Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad[4] dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga Tbk.
Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di Asia Pasifik.[5] Selanjutnya, sebagai pendukung pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau kini mempunyai tempat di Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia,[6] sebagai tambahan kepada Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara[7] di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.