Tentera Darat Imperial Jepun | |
---|---|
大日本帝國陸軍 Dai-Nippon Teikoku Rikugun | |
![]() | |
Aktif | 1868–1945 |
Negara | Empayar Jepun |
Jenis | Tentera darat |
Peranan | Peperangan darat |
Saiz | 6,095,000 pada Ogos 1945 |
Sebahagian daripada | |
Warna | Merah Putih |
Kelengkapan | Kelengkapan Tentera Darat |
Pertempuran | |
Komander | |
Maharaja Jepun | |
Menteri Tentera Darat |
|
Ketua Turus Am |
|
Tanda kebesaran | |
Panji Rejimen Infantri | ![]() |
Pangkat | Pangkat Tentera Darat Imperial Jepun |
Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) (Kyūjitai: 大日本帝國陸軍, Shinjitai: 大日本帝国陸軍 , Romaji: Dai-Nippon Teikoku Rikugun), atau secara harfiahnya Tentera Darat Empayar Jepun Raya adalah nama rasmi angkatan tentera darat dalam Empayar Jepun bermula pada tahun 1871 sehingga 1945. Ia dikawal oleh Ketua Turus Am Tentera Darat Imperial Jepun dan Kementerian Perang Jepun, kedua-duanya adalah tertakluk di bawah perintah Maharaja Jepun sebagai Pemerintah Tertinggi tentera darat dan tentera laut. Kemudian sebuah Inspektorat Jeneral Pasukan Udara, menjadi agensi ketiga dan diletakkan di bawah seliaan tentera darat. Sewaktu zaman perang atau darurat nasional,fungsi pemerintahan maharaja akan dipusatkan didalam Markas Besar Imperial, iaitu sebuah badan bertindak yang mengandungi Ketua dan Timbalan Ketua Turus Am Tentera Darat, Menteri Perang, Ketua dan Timbalan Ketua Turus Am Tentera Laut, Menteri Tentera Laut, Inspektor Jeneral Pasukan Udara dan Inspektor Jeneral Latihan.