Tentera Lubnan Selatan | |
---|---|
Terlibat dalam Konflik Selatan Lubnan 1982-2000 | |
Aktif | Sehingga 2000 |
Pemimpin | Saad Haddad, Antoine Lahad |
Kawasan operasi |
Lubnan Selatan |
Sekutu | Pasukan Pertahanan Israel (IDF) |
Lawan | Hezbollah, Amal, Parti Nasionalis Sosial Syria, LCP, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) |
Tentera Lubnan Selatan (SLA) (Arab: جيش لبنان الجنوبي ; transliterasi: Jaysh Lubnān al-Janūbi. Ibrani: צבא דרום לבנון, צד"ל ; transliterasi : Tzvá Dróm Levanón, Tzadál) adalah sebuah pergerakan militia Lubnan semasa Perang Saudara Lubnan. Selepas tahun 1979, pergerakan militia beroperasi di selatan Lubnan di bawah pemerintahan Saad Haddad, ketua bagi Kerajaan Lubnan Bebas[1]. Ia disokong oleh Israel semasa Konflik Selatan Lubnan 1982–2000 untuk menentang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hezbollah.