Antara konsep-konsep yang diperkenalkan oleh teori-teori kerelatifan adalah:
Sukatan pelbagai kuantiti adalah relatif dengan halaju pemerhati. Khususnya, ruang dan masa boleh mengembang.
Ruang masa: ruang dan masa haruslah dianggap sebagai bersama-sama dan saling relatif.
Apapun, kelajuan cahaya tetap tidak berubah, iaitu sama bagi semua pemerhati.
Istilah "teori kerelatifan" adalah berasaskan ungkapan "teori relatif" (Jerman: Relativtheoriecode: de is deprecated ) yang digunakan oleh Max Planck pada tahun 1906, yang menekankan bagaimana teori itu menggunakan prinsip kerelatifan. Dalam ruangan perbincangan dalam naskhah yang sama, Alfred Bucherer buat julung kalinya menggunakan ungkapan "teori kerelatifan" (Jerman: Relativitätstheoriecode: de is deprecated ).[2][3]
^Miller, Arthur I. (1981), Albert Einstein's special theory of relativity. Emergence (1905) and early interpretation (1905–1911), Reading: Addison–Wesley, ISBN0-201-04679-2