Testis بواه ذکر | |
---|---|
![]() Diagram testis pada manusia | |
Butiran | |
Arteri | Arteri testis |
Urat | Vena testis, pleksus pampiniform |
Saraf | Pleksus sperma |
Limfa | Nodus limfa lumbar |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | testis |
MeSH | D013737 |
TA | A09.3.01.001 |
FMA | FMA:7210 |
Terminologi anatomi |
Testis atau buah zakar ialah kelenjar kelamin pada haiwan jantan dan manusia lelaki. Manusia lelaki dan haiwan jantan mempunyai dua biji testis yang dibungkus dalam skrotum pada abdomen.[1] Fungsi kelamin ini untuk menghasilkan sperma dan androgen, terutamanya testosteron.
Kebanyakan mamalia seperti monotremata,[2][3] armadilo dan sloth (Xenarthra),[3] dan gajah[4] mempunyai testis terletak di dalam tubuh.[5] Hidupan dalam kelompok mamalia Boreoeutheria termasuk harimau, rusa dan manusia pula mempunyai testis yang terletak di luar tubuh[6] kerana proses spermatogenesis pada mamalia akan lebih berkesan dengan suhu lebih rendah dari suhu tubuh masing-masing; testis ini tergantung dalam skrotum dihubungkan dengan tubulus spermatikus.
Pada tubulus spermatikus terdapat otot kremaster yang apabila mengecut akan mengangkat testis dekat ke tubuh. Apabila suhu testis diturunkan, otot kremaster akan kendur dan testis akan menjauhi tubuh. Fenomena ini dikenal dengan refleks kremaster.
Haiwan selain mamalia tidak mempunyai testis di luar. Burung, yang mempunyai suhu tubuh yang tinggi, mempunyai testis di dalam tubuhnya. Menurut teori para ahli, mereka menggunakan poket udaranya untuk menjaga suhu optimum testis, namun pada kajian berikutnya disebutkan bahawa testis burung berfungsi baik pada suhu tubuh.[1]
Selama masa baligh, testis berkembang untuk memulakan spermatogenesis. Ukuran testis bergantung pada pengeluaran sperma (jumlah spermatogenesis), bendalir interstisial, dan pengeluaran bendalir dari sel Sertoli.
Pada umumnya, kedua testis tidak sama besar. Dapat sahaja salah satu terletak lebih rendah dari yang lainnya. Hal ini diakibatkan perbezaan struktur anatomis pembuluh darah pada testis kiri dan kanan.
testes.