Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Testudines

Kura-kura dan penyu
Julat zaman:
Akhir JuraKini,[1]
Kura-Kura Kotak Florida (Terrapene carolina)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Klad: Testudinata
Order: Testudines
Batsch, 1788 [2]
Subkumpulan[1]

Cryptodira
Pleurodira
Meiolaniidae
dan rujuk teks

Diversiti
14 keluarga ekstan dengan kk. 300 spesies
biru: penyu, hitam: kura-kura dsb.

Testudines atau Cheloni[3] merupakan sebuah order reptilia yang bercirikan sebuah kulit keras buatan tulang atau rawan yang berkembang daripada rusuk dan berfungsi sebagai perisai.[4] Antara ahli-ahli yang tergolong dalam order ini ialah penyu, kura-kura, tuntung dan labi-labi.

Order Testudines merangkumi spesies yang wujud dan pupus. Ahli-ahli terawal terdapat sekitar 157 juta tahun dahulu,[1] maka inilah antara kelompok reptilia tertua malah lebih lama daripada rumpun ular mahupun buaya. Daripada 327 spesies yang diketahui wujud kini, sesetengahnya amat terancam.[5][6]

Testudines adalah ektoterma, iaitu haiwan yang umum dipanggil berdarah sejuk, maknanya suhu dalaman berbagai-bagai mengikut persekitaran. Akan tetapi disebabkan kadar metabolisme lebih tinggi, penyu belimbing mempunyai suhu badan yang ternyata lebih tinggi daripada air sekitarnya.

Testudines tergolong sebagai amniot, di samping reptilia lain, burung dan mamalia. Seperti amniot lain, Testudines bernafas udara dan tidak bertelur dalam air, biarpun banyak spesiesnya hidup dalam air.

Ilmu kaji kura-kura dan penyu dipanggil keloniologi, sempena perkataan Yunani bagi haiwan berkenaan. Juga digelar testudinologi, sempena nama Latin bagi haiwan yang sama.

  1. ^ a b c Joyce 2007
  2. ^ "Testudines". Integrated Taxonomic Information System.
  3. ^ Dubois & Bour 2010
  4. ^ Hutchinson 1996
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama barzyk
  6. ^ Vitt, Laurie J.; Caldwell, Janalee P. (25 March 2013). "Herpetology: An Introductory Biology of Amphibians and Reptiles". Academic Press. Dicapai pada 11 November 2017 – melalui Google Books.

Previous Page Next Page






Skilpad AF Schildkröten ALS ኤሊ AM Testudines AN कछुआ ANP سلحفاة Arabic فكرون ARY زحلفه ARZ Testudines AST Mikinakw ATJ

Responsive image

Responsive image