Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


The Malay Chronicles: Bloodlines

The Malay Chronicles: Bloodlines
PengarahYusry Abdul Halim
Lakon layarAmir Hafizi
Yusry Abdul Halim
Dihasilkan olehNorman Abdul Halim (eksekutif)
Yusry Abdul Halim (eksekutif)
Edry Abdul Halim (eksekutif)
DibintangiStephen Rahman Hughes
Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Umie Aida
Jing Lusi
Gavin Stenhouse
Maya Karin
SinematografiMohd Nor bin Kassim (Madnor Kassim)
Disunting olehFaizal Bakhtiar
Wan Mohd Hafiz
Muzik olehEdry Abdul Halim
Diedarkan olehKRU Studios Malaysia:
Tarikh tayangan
  • 10 Mac 2011 (2011-03-10) (Malaysia)
Masa tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Mandarin
BajetRM 8.0 juta[1]
Pecah panggungRM 6.5 juta

The Malay Chronicles: Bloodlines (Clash of the Empires untuk pasaran United Kingdom, Hikayat Merong Mahawangsa untuk pasaran Malaysia) ialah sebuah filem epik sejarah Malaysia 2011 yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU). Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes, Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi dan Gavin Stenhouse. Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

Filem ini merupakan filem tempatan kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang(RM 16.6 juta pada tahun 2004)[2] dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja pada 25 Februari).[3]Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-24 dengan 8 kemenangan daripada 13 pencalonan (termasuk Filem Terbaik). Filem ini juga merupakan filem dengan kutipan tertinggi antara pemenang Filem Terbaik FFM iaitu sebanyak RM 6.5 juta.

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama finas2
  3. ^ Sultan Kedah bangga kisah Merong difilemkan Diarkibkan 2011-05-04 di Wayback Machine, Berita Harian, 6 Mac 2011. Dicapai pada 7 Mac 2011.

Previous Page Next Page






The Malay Chronicles: Bloodlines CY The Malay Chronicles: Bloodlines English The Malay Chronicles: Bloodlines ID

Responsive image

Responsive image