The Three Caballeros | |
---|---|
Fail:Three caballeros poster.png | |
Pengarah | Norman Ferguson |
Penulis | Homer Brightman Ernest Terrazas Ted Sears Bill Peet Ralph Wright Elmer Plummer Roy Williams William Cottrell Del Connell James Bodrero |
Dihasilkan oleh | Walt Disney |
Dibintangi | Clarence Nash José Oliveira Joaquin Garay |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | RKO Radio Pictures |
Tarikh tayangan | 21 Disember 1944 |
Masa tayangan | 71 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris, Sepanyol, Portugis |
The Three Caballeros (Tiga Pahlawan) merupakan sebuah filem cetera animasi terbitan Walt Disney yang diedarkan oleh RKO Radio Pictures pada tahun 1944. Tayangan perdana filem ini di Bandaraya Mexico pada 21 Disember 1944, sebelum tayangan umum di Amerika Syarikat pada 3 Februari 1945. Filem cetera animasi ketujuh dalam siri Walt Disney Animated Classics ini merakamkan pengembaraan di Amerika Latin yang menggabungkan aksi langsung dan animasi.
Filem ini diceritakan sebagai serantaian segmen-segmen yang lengkap, dirangkaikan oleh cara Donald Duck membuka hadiah hari jadi dari kawan-kawannya di Amerika Latin. Filem ini juga menampilkan bintang-bintang Amerika Latin pada zaman itu, termasuk penyanyi Aurora Miranda (adik Carmen Miranda) dan Dora Luz, dan juga penari Carmen Molina.
Filem ini diterbitkan sebagai sebahagian utusan muhibah dari studio Disney ke Amerika Selatan, tetapi kurang bersifat propaganda daripada yang lain-lain. Filem ini sekali lagi dibintangi oleh Donald Duck yang diiringi oleh José Carioca, burung nuri yang bercerut dari Saludos Amigos (1942) yang mewakili Brazil, kemudian berkawan dengan seekor ayam jantan berpistol iaitu Panchito Pistoles, wakil Mexico.
Muzik dalam bahagian Mexico digubah oleh Manuel Esperón yang menggubah muzik untuk lebih 540 filem Mexico pada Zaman Keemasan Perfileman Mexico. Selepas menyaksikan kecemerlangannya dalam industri perfileman Mexico, Walt Disney meminta Esperón untuk mengambil bahagian dalam filem The Three Caballeros. Lagu utama dalam bahagian Mexico berjudul "Ay Jalisco, No Te Rajes!", salah sebuah lagu terkenal yang digubah oleh Esperon.
Filem ini disunting habis-habisan dan ditayangkan semula dalam bentuk featurette pada 15 April 1977 bersama keluaran semula filem Never a Dull Moment.