Theia | |
---|---|
Dewi penglihatan dan kecemerlangan | |
Ahli Titan | |
Nama lain | Euryphaessa, Aethra, Basileia |
Yunani Kuno | Θεία |
Tempat tinggal | Langit |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Uranus dan Gaia |
Adik-beradik |
|
Pasangan | Hyperion |
Anak | Helios, Selene, Eos |
Theia (/θeiɑ/; Bahasa Yunani Kuno: Θεία , Theía , har. 'ilahi', juga dialihhurufkan kepada Thea atau Thia), juga dipanggil Euryphaessa (Bahasa Yunani Kuno: Εὐρυφάεσσα , "berkilauan luas"), ialah seorang Titan dalam mitologi Yunani. Dia dewi titan bagi penglihatan, tetapi juga dewi yang mengurniakan emas, perak dan batu permata dengan kegemerlapan dan nilainya.[2]
Ibu bapanya ialah Gaia dan Ouranos. Dengan abangnya Hyperion, dia berkahwin dan melahirkan Helios (Matahari), Selene (Bulan) dan Eos (Fajar). Dia juga dianggap sebagai mata bulan kerana Selene anak perempuannya dan Selene ialah titan bulan. Theia seakan-akan adalah sama dengan Aethra, isteri Hyperion dan ibu kepada anak-anaknya dalam sesetengah cerita.[3] Seperti suaminya, Theia jarang disebut dalam mitos, paling pentingnya sebagai dewi yang melahirkan anak-anaknya, tetapi dia ada muncul dalam beberapa teks dan naratif nadir.