Theodor Escherich (29 November 1857 – 15 Februari 1911) adalah seorang pakar pediatrik Jerman-Austriadan seorang professor di universiti-universiti di Munich, Graz, dan Vienna. Beliau menjumpai bakteriu Escherichia coli, yang telah dinamakan bersempena nama beliau pada tahun 1919, dan memperincikan sifat-sifatnya. Beliau telah dilahirkan di Ansbach, Kingdom of Bavaria, dan beliau telah meninggal di Vienna, Austria-Hungary.