Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Thuringia

Puak Thuringia atau Toringi ialah satu kumpulan puak Jermanik yang muncul lewat ketika Völkerwanderung di Pergunungan Harz di bahagian tengah Germania sekitar tahun 280. Sebuah negeri Jerman bernama Thüringen dinamakan bersempena dengan puak ini yang menghuni di kawasan sekitarnya. Rekod-rekod sejarah mendapati bahawa puak ini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh puak Alamanni yang berhijrah ke selatan, ke kawasan yang dikenali dengan nama Alamannia. Malah sejarawan turut berpendapat bahawa puak Thuringia berkemungkinan berasal daripada kumpulan yang sama dengan puak Alamanni atau puak sekutunya atau berkemungkinan sebuah puak kecil. Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa mereka adalah cucu cicit puak Hermanduri. Bahagian terakhir nama ini, iaitu -duri kemudiannya bertukar menjadi -thuri dan akhirnya ditambah dengan imbuhan -ing sekaligus memberi maksud cucu cicit Hermanduri.



Previous Page Next Page






Thüringers AF ثورنغيون Arabic Turinxos AST Turingis Catalan Durynkové Czech Thüringerne Danish Thüringer German Thuringii English Turingios Spanish Tüüringid ET

Responsive image

Responsive image