Timur | |
---|---|
Pemerintahan | 9 April 1370– 14 Februari 1405 |
Pertabalan | 9 April 1370, Balkh [2] |
Nama penuh | Shuja-ud-din Timur[3] |
Keputeraan | 9 April 1336 [2] |
Tempat keputeraan | Kesh, Khanate Chagatai (kini Uzbekistan) |
Mangkat | 19 Februari 1405 (umur 68) |
Tempat mangkat | Otrar, Farab, berdekatan Shymkent, Syr Darya (kini Kazakhstan) |
Dimakamkan | Gur-e-Amir, Samarkand |
Pendahulu | Amir Hussain |
Pengganti | Khalil Sultan |
Pasangan | Saray Mulk Khanum Chulpan Mulk Agha Aljaz Turkhan Agha Tukal Khanum Dil Shad Agha Touman Agha seoranh lagi isteri |
Anakanda | Miran Shah Shahrukh Mirza |
Kerabat diraja | Barlas Timur |
Ayahanda | Muhammad Taraghai |
Bonda | Tekina Mohbegim |
Agama | Islam |
Timurlang[a] (Parsi: تيمور لنگ Temūr(-i) Lang ; Templat:Lang-chg Aqsaq Temür,[5] 'Timur yang Tempang'; bahasa Inggeris: Tamerlane ), Timūr Gurkānī[b] (Templat:Lang-chg Temür Küregen)[7] atau nama ringkasnya Timur (Templat:Lang-chg Temür 'Besi'; 9 April 1336 – 14 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke-14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya sebagai pengasas Empayar Timuriyah di selatan Rusia dan Parsi.[8][9]
Pemerintahan baginda dilihat banyak menyatupadukan Asia Tengah dengan kuat kepada dunia Islam sehingga ada mendapat pujian dalam penulisan sejarah berpengaruh Ibnu Khaldun;[10] namun baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa dala penaklukannya terutamanya pemusnahan kota Baghdad dan Damsyik. Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah: ada kerajaan yang melihatnya sebagai suatu sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah.[11]:341
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan