Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Titik Lagrange

Plot kontur keupayaan berkesan berasaskan graviti dan daya memusat sistem dua jasad dalam suatu rangka rujukan berputar. Anak-anak panah menandakan kecerunan potensi di sekitar kelima-lima titik Lagrange—menurun ke arahnya (merah) atau menurun pergi darinya (biru). Secara kaunterintuitif, titik-titik L4 dan L5 adalah titik-titik tinggi potensi tersebut. Di titik-titik inilah daya-daya ini adalah seimbang.
Gambaran hubungan antara titik-titik Lagrange (merah) bagi sesebuah planet (biru) yang mengorbit sesebuah bintang (kuning) secaa lawan arah jam, serta potensi graviti dalam satah yang mengandungi orbit (model keping getah kelabu dengan kontur-kontur ungu yang setara potensinya).[1]
Klik untuk animasi.

Titik Lagrange (titik L atau titik librasi) adalah lima kedudukan di dalam sebuah konfigurasi orbit yang mana sesebuah objek kecil yang dipengaruhi oleh graviti sahaja boleh secara teori menjadi sebahagian daripada suatu corak bentuk malar dengan dua objek lebih besar (seperti satelit yang berkenaan dengan Bumi dan Bulan). Titik-titik Lagrange menandai kedudukan di mana gabungan tarikan graviti dua jasad besar membekalkan daya memusat setepatnya yang diperlukan untuk orbit bersama mereka.

Titik Lagrange merupakan penyelesaian pola malar kepada masalah tiga jasad yang terbatas. Contohnya, dengan dua buah jasad besar dalam orbit-orbit yang mengelilingi satu pusat jisim yang dikongsi oleh dua jasad itu, terdapat lima kedudukan di angkasa di mana boleh terletaknya sesebuah jasad ketiga yang tidak begitu ketara jisimnya untuk mengekalkan kedudukannya secara nisbi dengan dua jasad besar. Seperti yang dilihat dalam rangka rujukan berpusat yang sepadan dengan halaju sudut kedua-dua jasad seorbit itu, medan graviti dua jasad besar itu adalah seimbang dengan pecutan satelit di titik-titik Lagrange, membolehkan jasad ketiga itu untuk kekal pegun secara nisbi dengan dua jasad terdahulu.[2]


Previous Page Next Page