Nama asli | 東映株式会社 |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | TYO: 9605 |
Industri | Filem dan Televisyen |
Ditubuhkan | 1 Oktober 1950 (sebagai Tokyo Film Distribution) |
Pengasas | Keita Gotō |
Ibu pejabat | 3-2-17 Ginza, Chūō, Tokyo 104-8108, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Jepun |
Tokoh penting | Noriyuki Tada (Presiden dan CEO) |
Keluaran | Wayang gambar, bahan publisiti |
Perkhidmatan | Pengedaran dan pemasaran filem dan TV |
Hasil | ¥ 66,300,000,000 (sehingga Mac 2006) |
Bilangan kakitangan | 311 (sehingga 31 Mac 2006) |
Anak syarikat | Toei Lab Tech Toei International Toei Digital Lab[1] |
Tapak web | www.toei.co.jp |
sunting · sunting di Wikidata |
Toei Company, Ltd. (東映株式会社 , Tōei Kabushiki-gaisha) (/toʊ.eɪ/) ialah syarikat penerbitan dan pengedaran televisyen dan filem Jepun. Terletak di Tokyo, Toei memiliki dan mengendalikan tiga puluh empat teater filem di seluruh Jepun, studio Tokyo dan Kyoto; dan merupakan pemegang saham di beberapa syarikat televisyen. Ia terkenal kerana anime, drama aksi langsung yang dikenali sebagai tokusatsu yang menggunakan kesan visual khas dan drama bersejarah (jidaigeki). Ia merupakan ahli Persatuan Penerbit Wayang Gambar Jepun (MPPAJ), dan merupakan salah satu studio filem Empat Besar di Jepun.
Nama "Toei" berasal dari nama bekas syarikat itu "Tōkyō Eiga Haikyū" (東京映画配給 , Syarikat Pengedaran Filem Tokyo).