Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tokong Ular

Snake Temple
Tokong Ular
蛇庙
Pandangan hadapan Kuil Ular
Tokong Ular yang terletak di Semenanjung Malaysia
Tokong Ular
Ditunjukkan dalam Semenanjung Malaysia
Tokong Ular yang terletak di Malaysia
Tokong Ular
Tokong Ular (Malaysia)
Info asas
LokasiBayan Lepas, George Town
Koordinat geografi5°18′50.20″N 100°17′06.71″E / 5.3139444°N 100.2851972°E / 5.3139444; 100.2851972Koordinat: 5°18′50.20″N 100°17′06.71″E / 5.3139444°N 100.2851972°E / 5.3139444; 100.2851972
AgamaAgama Buddha, Taoisme
DaerahBarat Daya
NegeriPulau Pinang Pulau Pinang
NegaraMalaysia Malaysia
Jenis seni binaKuil Chinese
Disiapkan pada1805
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox religious building dengan parameter "completed" yang tidak diketahui

Tokong Ular (Cina Ringkas: 蛇庙; pinyin: Shé Miào) terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia. Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke tokong itu secara sendirinya.

Tokong ini dibina sekitar 1850 bagi memperingati Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang berpindah ke Pulau Pinang. Chor Soo Kong dilahirkan dengan nama keluarga Tan di China semasa zaman Dinasti Sung (960-1279). Dia amat serius mengenai pencapaian kerohanian dan ditahbiskan pada usia muda. Legenda menyatakan bahawa Chor Soo Kong, yang juga merupakan pengubat, memberi perlindungan kepada ular di hutan. Apabila dia mati pada usia 65 tahun selepas sepanjang hayat berbakti, dia diberikan gelaran terhormat Chor Soo, bererti tokoh sejarah yang dihormati secara berterusan oleh generasi berikutnya. Selepas kuil ini disiapkan, ular muncul dengan sendirinya. Kuil Ular pada asalnya diberi nama "Tokong Awan Putih - Temple of the Azure Cloud" sebagai penghormatan kepada keindahan langit Pulau Pinang. Orang islam tidak digalakkan pergi ke tokong.


Previous Page Next Page






Schlangentempel German Snake Temple English معبد مار FA Temple aux Serpents French Slangentempel Dutch Świątynia Węży Polish Змеиный храм Russian 蛇庙 Chinese

Responsive image

Responsive image