Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tokusatsu

Godzilla dalam Godzilla (1954). Teknik yang dikembangkan oleh Eiji Tsuburaya untuk Studio Toho masih digunakan dalam filem dan industri televisyen tokusatsu.

Tokusatsu (特撮) ialah istilah bahasa Jepun yang secara harfiahnya bererti "kesan khas." Istilah ini digunakan terutamanya untuk memaksudkan filem dan drama televisyen aksi sebenar Jepun yang menggunakan kesan khas.

Istilah "tokusatsu" ialah singkatan bagi ungkapan Jepun "tokushu satsuei" (特殊撮影), iaitu "fotografi khas". Dalam penerbitan, pengarah kesan khas digelar "tokushu gijutsu" (特殊技術, "teknik khas") atau "tokusatsu kantoku" (特撮監督, "pengarah kesan khas").

Hiburan Tokusatsu biasanya berbentuk cereka sains, fantasi, atau seram, namun filem dan rancangan TV bergenre lain kadang-kadang juga boleh digolongkan sebagai tokusatsu. Jenis hasil tokusatsu yang paling laris termasuklah filem raksasa kaiju (Siri filem Godzilla dan Gamera), siri TV adiwira (Masked Rider dan Metal Heroes), dan drama mecha (Giant Robo). Sesetengah rancangan TV tokusatsu menggabungkan beberapa subgenre ini (siri Ultraman dan Super Sentai).

Tokusatsu ialah salah satu bentuk hiburan Jepun yang paling laris, tetapi kebanyakan filem dan rancangan televisyen tokusatsu tidak dikenali ramai di luar Asia. Namun begitu, baru-baru ini tokusatsu mula menikmati bilangan peminat yang kecil tetapi setia dan mengembang di luar Jepun.


Previous Page Next Page






توكوساتسو Arabic Tokusatsu AST Tokusatsu Catalan توکوساتسو CKB Tokusatsu CY Tokusatsu German Tokusatsu English Tokusatsu Spanish Tokusatsu EU توکوساتسو FA

Responsive image

Responsive image