Tony Fernandes PSM; SSAP (Pahang); SPMP (Perak); DSAP (Pahang); DPTJ (Negeri Sembilan); CBE (UK) | |
---|---|
Ahli Majlis Pemulihan Negara | |
Menyandang jawatan 21 Julai 2021 | |
Pengerusi | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Anthony Francis Fernandes 30 April 1964 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | |
Pasangan | Deborah Lee Bergstrom (berpisah) Puan Sri Chloe Kim |
Kediaman | Kuala Lumpur, Malaysia[1] |
Pendidikan | Kolej Epsom dan Sekolah Alice Smith |
Tempat belajar | London School of Economics |
Pekerjaan | Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd Pengerusi Queens Park Rangers |
Nilai bersih | ▼ AS$335 Juta (2020) |
Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964) ialah seorang usahawan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "kini sesiapapun boleh terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu beliau memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
In 2007, I interviewed Mr Fernandes again, this time in his home in a posh Kuala Lumpur neighbourhood. The interview focused on expansion plans, but what I was struck by was how ordinary and middle class his home seemed. His children were in the background watching TV.