Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Trail of Tears

Peta menunjukkan laluan penghijrahan paksa bangsa-bangsa asli di Selatan Amerika Syarikat ke tanah rizab Indian Territory dari 1830–1838.

Pada tahun 1830, suatu pemindahan besar-besaran orang asli Amerika Syarikat secara paksa dilakukan berikutan pelulusan "Akta Penghapusan Indian" (Indian Removal Act). Orang-orang asli ini - terutamanya bangsa-bangsa Cherokee, Muscogee (Creek), Seminole, Chickasaw, dan Choctaw serta hamba-hamba mereka. - dihalau dari tanah asal nenek moyang mereka di kawasan tenggara Amerika Syarikat dan dipaksa bergerak sehingga ke suatu kawasan khusus di sebelah barat Sungai Mississippi sebagai Indian Territory.

Orang-orang yang dipaksa berpindah ini terseksa mengalami pendedahan tanpa perlindungan cuaca, penyakit dan kebuluran semasa dalam perjalanan ke petempatan baru mereka, malah banyak daripada mereka yang meninggal sebelum tiba di destinasi mereka. Kesengsaraan yang dialami masyarakat-masyarakat asli ini turut memberi jolokan nama Trail of Tears ("Jejak Bertangisan/Kesedihan").[1][2][3]

  1. ^ "Trail of Tears - Native American History - HISTORY.com". History.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "A Brief History of the Trail of Tears". www.cherokee.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Oktober 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "The Trail of Tears". PBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Previous Page Next Page