Trans World Airlines (TWA) adalah syarikat penerbangan utama di Amerika Syarikat dengan hab di St. Louis, New York (JFK), dengan bandar utama, Bandar Kansas, Missouri; San Juan, Puerto Rico; and Los Angeles, California. Syarikat penerbangan ini telah mula beroperasi pada tahun 1930 sehingga ia diambil alih oleh American Airlines pada tahun 2001. Sebelum dibeli, TWA adalah salah satu syarikat penerbangan domestik terbesar di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat. Ia juga adalah pembekal terbesar operasi di bandar-bandar kecil di barat tengah. Di luar Amerika Syarikat, TWA telah mengadakan jaringan di Eropah dan Timur Tengah yang memberikan perkhidmatannya terutamanya di hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. Bersama-sama dengan Pan American World Airways, secara tidak rasminya, ia dianggap menjadi duta yang kedua untuk Amerika Syarikat, dan ia adalah duta bagi Amerika Syarikat pada tahun 1990-an, disebabkan kejatuhan Pan Am.