Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Transit Aliran Deras Lembah Klang

Transit Aliran Deras Lembah Klang
Umum
PemilikMRT Corp
Lokasi
Jenis transit
Transit aliran deras
Jumlah laluan/aliran
3
Jumlah stesen
Operasi
Mula beroperasi
9 16 Disember 2016 (fasa 1) 9 17 Julai 2017 (fasa 2)
Operasi akan bermula pada
  • 12 Julai 2021
Pengendali9 Rapid KL
Teknikal
Panjang sistem
150 kilometer (93 bt)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
Peta sistem

Peta transit integrasi Lembah Klang Sumber: SPAD

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Transit Aliran Deras Lembah Klang[1][2] (juga dikenali sebagai MRT Lembah Klang atau MRT sahaja) merupakan satu sistem transit aliran deras yang terdapat di kawasan Lembah Klang, Malaysia.

Tujuan projek ini adalah untuk meluaskan jaringan landasan kereta api pada masa yang sama untuk menyepadukan jaringan-jaringan landasan rel yang sedia ada bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal terutama di kawasan Lembah Klang. Cadangan projek ini telah diumumkan pada Jun 2010 dan diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada bulan Disember tahun yang sama. Pembinaan landasan MRT pertama ini bermula pada awal bulan Julai 2011. Projek ini juga merupakan salah satu projek sulung untuk National Key Economic Area (Kawasan Utama Ekonomi Negara) dibawah Program Transformasi Ekonomi oleh Kerajaan Malaysia

Perbadanan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang ditubuhkan dalam September 2011, telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai perasmi dan pemilik aset projek ini. Sebelum penubuhan perbadanan itu, projek ini telah diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).[3]

  1. ^ 2 lagi pakej projek MRT ditawar waktu terdekat.
  2. ^ "MRT Corporate Info". MRT Corp. 2012-01-09.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-13. Dicapai pada 2014-09-03.

Previous Page Next Page