Republik Trinidad dan Tobago ريڤوبليك ترينيدد دان توباݢو Republic of Trinidad and Tobago | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Together we aspire, together we achieve" | |||||
Lagu kebangsaan: Forged From The Love of Liberty | |||||
Ibu negara | Port of Spain | ||||
Bandar | San Fernando [1] | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Paula-Mae Weekes | ||||
Keith Rowley | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 31 Ogos 1962 | ||||
- | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2005 | 1,305,000 (ke-152) | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | $18.352 bilion (ke-113) | ||||
$19,700 (ke-46) | |||||
HDI (2019) | ▲ 0.796[1] tinggi · ke-67 | ||||
Mata wang | Dolar Trinidad dan Tobago ( TTD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 1-868 | ||||
Kod ISO 3166 | TT | ||||
DPT internet | .tt |
Republik Trinidad dan Tobago merupakan sebuah negara kepulauan di selatan Laut Caribbean, timur laut benua Amerika Selatan dan negara Venezuela, selatan Grenada. Negara ini juga berkongsi persisir pantai dengan Barbados dan Guyana. Negara ini seluas 5,128 km persegi dan terbahagi kepada dua pulau utama dan 21 pulau kecil-kecil. Trinidad ialah pulau yang terbesar dan mempunyai ramai penduduk sementara Tobago pula merupakan pulau yang lebih kecil. Negara ini terletak dalam lingkaran taufan kerana selalu mengalami ribut taufan.
Kawasan negara ini asalnya merupakan petempatan peribumi Amerindian sejak 7000 tahun lalu. Trinidad dan Tobago pernah dijajah oleh golongan Arawakan dan Cariban semasa Eropah sampai di sini pada 1498. Sejarah perhambaan dan pelayaran di sini berkait dengan campuran orang Afrika, India, Eropah dan orang China. Semua kaum ini membentuk pelbagai budaya lalu menghasilkan corak masyarakat majmuk di negara tersebut. Trinidad dan Tobago mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1962 dan menjadi republik pada 1976.