Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tsagaan Sar

Hidangan Tsagaan Sar.

Tsagaan Sar (Bahasa Mongolia: Цагаан сар / ᠴᠠᠭᠠᠨ ᠰᠠᠷᠠ᠌), "bulan putih"; bahasa Inggeris: Mongolian new year) ialah perayaan tahun baru lunisolar Mongolia yang lazimnya disambut pada masa yang sama dengan Tahun Baru Cina (sekali-sekala berbeza sebulan). Bagaimanapun, perayaan Tsagaan Sar lebih rapat hubungan budayanya dengan Losar (Tahun Baru Tibet) berbanding Tahun Baru Cina.[1]

Perayaan Tsagaan Sar disambut dua bulan selepas anak bulan baru selepas solstis musim sejuk. Di sini boleh dilihat beza penentuan tarikhnya dengan Cina yang menentukan bahawa solstis musim sejuk jatuh pada bulan ke-11 qamari. Misalnya, pada tahun 2009, Tsagaan Sar jatuh pada 25 Februari, tetapi Tahun Baru Cina jatuh pada 26 Januari.

  1. ^ Luigi Kapaj, Tsagaan Sar: When is Mongolian Lunar New Year? Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine, 26 February 2009

Previous Page Next Page