Tugu Peringatan Lincoln | |
---|---|
Lincoln Memorial | |
![]() Tugu peringatan yang dilihat dari dekat | |
Nama alternatif | Memorial Lincoln |
Etimologi | Abraham Lincoln ![]() |
Maklumat umum | |
Jenis | Tugu peringatan |
Gaya seni bina | Kebangkitan semula Yunani[1] dengan gaya binaan neoklasik dan Dorik Yunani |
Lokasi | Penghujung barat National Mall |
Alamat | 2 Lincoln Memorial Cir NW, Washington, DC 20037 ![]() |
Bandar/pekan | Washington, D.C. |
Negara | Amerika Syarikat |
Koordinat | 38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°WKoordinat: 38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W |
Ketinggian | 16 m (1980) 11 m ![]() |
Pecah tanah | 12 Februari 1914 |
Pembinaan bermula | 1914 |
Disiapkan pada | 1922 |
Pengendali | Perkhidmatan Taman Negara ![]() |
Butiran teknikal | |
Bahan | Yule marble (en) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek |
|
Pereka bentuk lain | Daniel Chester French (mul) ![]() ![]() |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) yang dibina bagi memberi penghormatan kepada Presiden A.S. ke-16, Abraham Lincoln. Bangunan tugu tersebut terletak di hujung barat National Mall di Washington, D.C., merentasi Monumen Washington. Didedikasikan pada Mei 1922, memorial tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tugu peringatan yang dibina bagi menghormati presiden. Tugu Peringatan Lincoln menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan sejak 1930-an menjadi suatu pusat simbolik yang menumpukan pada hubungan kaum. Banyak ucapan-ucapan awam terkenal juga pernah diadakan di situ, termasuklah "Saya Mempunyai Impian" oleh pemimpin hak awam Martin Luther King, Jr. yang diadakan pada 28 Ogos 1963, semasa perhimpunan akhir Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan.
Bangunan berseni bina neoklasik tersebut dibina mengikut bentuk kuil Dorik Yunani. Tugu peringatan itu mengandungi ukiran patung besar Abraham Lincoln yang sedang duduk dan inskripsi dua ucapan terkenal Lincoln iaitu Ucapan Gettysburg dan ucapan pelantikan keduanya. Arkitek memorial itu ialah Henry Bacon, manakala rekaan patung, Abraham Lincoln (1920) di bahagian dalam bangunan itu pula dihasilkan oleh Daniel Chester French; di mana patung itu diukir oleh Piccirilli bersaudara.[3] Pelukis mural bahagian dalam ialah Jules Guerin dan inskripsi di atas patung pula ditulis oleh Royal Cortissoz.