Tunjuk perasaan Kuala Lumpur 2021 |
---|
|
Simbol LTL atau lawan tetap lawan oleh Iswardy selepas mendengar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur |
Tarikh | 31 Julai 2021 (UTC+8) |
---|
Lokasi | Kuala Lumpur |
---|
Punca |
|
---|
Matlamat |
- Peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan perubahan tampuk pemerintahan negara
- Penganjuran sidang Majlis Parlimen yang terhalang akibat Proklamasi Darurat[1]
- Moratorium pinjaman kewangan secara automatik[1]
|
---|
Kaedah |
|
---|
|
Penunjuk perasaan awam (secara utamanya belia) |
|
|
|
|
|
|
Pada sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), 31 Julai 2021, satu tunjuk perasaan telah berlangsung di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Tunjuk perasaan ini yang dinamakan sebagai Protes #Lawan diadakan sebagai tanda bantahan terhadap tampuk Kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atas persepsi negatif rakyat terhadap pengurusan pandemik COVID-19 di Malaysia. Selain itu, tunjuk perasan ini turut menyentuh isu berkenaan kemelut politik Malaysia 2020-21 serta Proklamasi Darurat 2021 yang tamat pada hari keesokannya.