Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim

Tunku Abdul Rahman Al-Haj
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor
Tunku Panglima Johor
Pemerintahan22 November 2012 - kini
Pelantikan22 November 2012
KeputeraanTunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Tunku Ibrahim Ismail (1993-02-05) 5 Februari 1993 (umur 31)
Johor Bahru, Johor
Nama penuh
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
KerabatTemenggong
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Nama lainPutera Jefri Ibrahim
Kesetiaan Sultan Johor
Perkhidmatan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
PangkatKolonel

Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru)[1] adalah Tunku Panglima Johor. Beliau ialah anakanda kelima dan putera keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.[2]

Tunku Abdul Rahman juga ialah pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[3][4]

Pada 10 Februari 2024, Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Le Mans Asia yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.[5]

  1. ^ "The Prince living a double life Down Under". Nine (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-16. Dicapai pada 2024-10-10.
  2. ^ http://kemahkotaan.johor.gov.my/biodata/anakanda/ dicapai pada 24 April 2017
  3. ^ Saiful Affendy Sapran (20 Mei 2022.) Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia Harian Metro.
  4. ^ Amirul Azreen (10 Mac 2019) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, akan membuat penampilan pertama sebagai pelumba di siri Cabaran GT Dunia Blancpain Asia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang MotoMalaya.net
  5. ^ (11 Februari 2024) Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor Berita Harian

Previous Page Next Page






تونكو عبد الرحمن الجفري Arabic Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri English Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ID 东姑阿都拉曼·哈山纳·杰弗里 Chinese

Responsive image

Responsive image