Tunku Ali Redhauddin تونكو علي رضا الدين | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti | |||||||||
Tunku Besar Seri Menanti | |||||||||
Pemerintahan | 22 Februari 2009 – kini | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Muhriz | ||||||||
Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia | |||||||||
Tempoh | 25 November 2023 - kini | ||||||||
Keputeraan | Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor | 26 April 1977||||||||
| |||||||||
Wangsa | Pagar Ruyung | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Muhriz | ||||||||
Bonda | Tuanku Aishah Rohani | ||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Kesetiaan | Malaysia Negeri Sembilan | ||||||||
Perkhidmatan | Rejimen Askar Wataniah | ||||||||
Tahun perkhidmatan | 2019 - kini | ||||||||
Pangkat | Brigedier Jeneral | ||||||||
Unit | Rej 508 AW |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (Jawi: تونكو علي رضا الدين ابن توانكو محرز ; diputerakan pada 26 April 1977) merupakan anakanda sulung kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.[1] [2]
Selain tugasan rasmi sebagai Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali juga membahagikan masanya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, pertubuhan bukan untung dan institusi pendidikan. Beliau diiktiraf sebagai Pemimpin Global Muda pada 2013 oleh Forum Ekonomi Dunia.[3]