Udang | |
---|---|
Litopenaeus vannamei | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | Dendrobranchiata Bate, 1888
|
Superfamilies | |
Udang (Jawi: اودڠ ) ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam cabang Dendrobranchiata[1] ordo Decapoda. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport. Udang yang hidup di pertambahan air payau ada beberapa jenis yang ada seperti udang tambak sehingga populer disebut udang laut. Di samping itu, beragam jenis udang yang benihnya masuk dari laut ke dalam tambak. Meskipun demikian, jenis-jenis udang dan ikan yang di budaya kan semisel ikan.