Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Ular

Ular
Julat zaman: Awal Zaman Batu KapurKini
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Klad: Ophidia
Suborder: Serpentes
Linnaeus, 1758
Subkumpulan
Anggaran taburan ular sedunia, semua spesies

Ular (Jawi: اولر) merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki dalam cabang Serpentes[1] order Squamata. Ia merupakan vertebrat amniot ektoterma, kulitnya penuh sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendi berbanding leluhur cicaknya supaya mudah menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah digerakkan. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun bukan bersebelahan tetapi berikut-ikut, kebanyakan ular hanya mempunyai sepasang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Ular tiada kelopak mata dan telinga luaran seperti jenis reptilia lain yang tidak berkaki tetapi bukan ular seperti cicak tanpa kaki.

Ular ditemukan hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil — antara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand, serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik.[2] Lebih daripada 20 keluarga ular kini dikenal pasti, terdiri daripada sekitar 500 genus dan sekitar 4,175 spesies.[3][4] Ular terdapat dalam pelbagai saiz, daripada ular benang yang hanya berukuran 10 cm, hingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka).[5][6] Ular dipercayai berevolusi daripada cicak yang mengorek lubang atau hidup dalam air sekitar pertengahan Usia Kapur; fosil ular terawal yang diketahui bertarikh sekitar 112 juta tahun dahulu. Kepelbagaian ular moden muncul sewaktu zaman Paleosen (sekitar 66–56 juta tahun dahulu).

Kebanyakan spesies ular tidak berbisa; ular yang berbisa menggunakan bisanya terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati.

  1. ^ Uetz, Peter, penyunting (2024) [1995]. "Higher Taxa in Extant Reptiles". The Reptile Database. Muzium Zoologi Hamburg. Dicapai pada 7 Februari 2025.
  2. ^ Bauchot, Roland, penyunting (1994). Snakes: A Natural History. New York, Amerika Syarikat: Sterling Publishing Co., Inc. m/s. 220. ISBN 1-4027-3181-7.
  3. ^ "Serpentes". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 3 Disember 2008.
  4. ^ Uetz, Peter; Hallermann, Jakob (penyunting). "Search results for Higher taxa: snake". The Reptile Database. Muzium Zoologi Hamburg. Dicapai pada 7 Februari 2025.
  5. ^ Murphy; Henderson, JC; RW (1997). Tales of Giant Snakes: A Historical Natural History of Anacondas and Pythons. Florida, USA: Krieger Pub. Co. m/s. 221. ISBN 0-89464-995-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Mehrtens, JM (1987). Living Snakes of the World in Color. New York City, NY, USA: Sterling Publishers. m/s. 480. ISBN 0-8069-6460-X.

Previous Page Next Page






Блэ ADY Slang AF Schlangen ALS እባብ AM Serpentes AN Snaca ANG सर्प ANP ثعبان Arabic ܚܘܝܐ ARC حنش ARY

Responsive image

Responsive image