Undang-undang hak cipta Amerika Syarikat ialah undang-undang yang menguasai hak-hak karya yang kreatif dan berseni di Amerika Syarikat. Undang-undang ini adalah sebahagian daripada undang-undang Persekutuan dan diberikan kuasa oleh Perlembagaan Amerika Syarikat. Kuasa untuk menggubal undang-undang hak cipta diberikan oleh Perkara I, Seksyen 8, Fasal 8 yang juga dikenali sebagai Fasal Hak Cipta. Ia menyatakan:
Fasal ini merupakan asas kepada undang-undang hak cipta ("Sains," "Pengarang", "Tulisan") dan undang-undang paten ("Seni berguna", "Pereka", "Penemuan") Amerika Syarikat. Ia merangkumi tempoh-tempoh terhad yang dibenarkan untuk hak cipta dan paten ("Tempoh terhad") serta juga untuk perkara-perkara yang dilindunginya ("Hak eksklusif kepada Tulisan dan Penemuan masing-masing").
Di Amerika Syarikat, hak cipta ditadbirkan oleh Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat yang merupakan sebahagian daripada Perpustakaan Kongres. Maklumat yang lebih lanjut tentang undang-undang hak cipta Amerika Syarikat boleh didapati daripada laman web Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat.