Ungku Aziz | |
---|---|
![]() Ungku Aziz pada 6 Ogos 2008 | |
Naib Canselor ke-3 Universiti Malaya | |
Dalam jawatan 1968–1988 | |
Didahului oleh | J. H. E. Griffiths |
Digantikan oleh | Syed Hussein Alatas |
Dalam jawatan 1956–1957 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Syed Nasir Syed Ismail |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ungku Abdul Aziz bin Abdul Hamid bin Abdul Majid b Tun Ibrahim I 28 Januari 1922 London, United Kingdom |
Meninggal dunia | 15 Disember 2020 Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 98)
Cause of death | Sakit Tua |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kewarganegaraan | British, Malaysia |
Pasangan | Sharifah Azah Mohammad Alsagoff (k. 1946; m. 2012) Rahaiah Baheran (sehingga kematiannya) |
Anak | Zeti Akhtar Aziz |
Pendidikan | Maktab Sultan Abu Bakar |
Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Waseda |
Pekerjaan | Ahli ekonomi, pensyarah |
Dikenali dengan | Satu-satunya pemegang gelaran Profesor Diraja di Malaysia |
Abdul Aziz bin Abdul Hamid (28 Januari 1922 – 15 Disember 2020) merupakan seorang ahli ekonomi dan pensyarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia. Beliau mendapat gelaran Profesor Diraja (Royal Professor) dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.[1]