Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Universiti Michigan

Artikel ini adalah mengenai University of Michigan di Ann Arbor. Anda boleh membaca tentang University of Michigan-Dearborn atau University of Michigan-Flint
University of Michigan, Ann Arbor
MotoArtes, Scientia, Veritas
(Latin, "Kebudayaan, sains, kebenaran")
PresidenMary Sue Coleman
Staf akademik
5007
Siswazah25,000
Lokasi
Kampus3,176 ekar (1286 hectar)
Jumlah: 20,965 ekar (8484 hectar) (termasuk taman)
Warna sekolahKuning jagung dan biru
Laman sesawangumich.edu
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "establishment"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "seal_image"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "grad"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "total"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "system"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "teams"

Universiti Michigan atau nama rasminya University of Michigan (UM, U of M atau Umich) di Ann Arbor adalah sebuah universiti awam di Michigan, Amerika Syarikat. Institusi ini adalah yang terutama dan paling tua di dalam sistem pendidikan Michigan. Universiti tersebut tergolong di kalangan yang terunggul di dunia [1] dan dianggap sebagai kumpulan elit Public Ivy. US News & World Report mencatatkan bahawa sekolah graduan professional di dalam bidang sains maklumat, undang-undang, perubatan, perniagaan, kejuruteraan, polisi awam dan pendidikan sentiasa berada di antara 10 kolej yang terbaik di Amerika Syarikat.

UM adalah salah sebuah pusat pengajian yang menerima peruntukan penyelidikan terbesar di Amerika Syarikat. Ia adalah antara penyumbang-penyumbang utama di dalam bidang perubatan, sains komputer dan kejuruteraan. Universiti ini juga mempunyai bilangan bekas-bekas pelajar yang hidup yang terbesar di Amerika Syarikat. Ia juga terkenal di dalam bidang sukan - terutamanya di dalam American football dan hoki ais - dan mempunyai sejarah tentang pergerakan-pergerakan pelajar yang hebat. UM adalah di mana penentangan Perang Vietnam oleh ahli-ahli fakulti pertama diadakan. Pergerakan anti-perang SDS ditubuhkan oleh seorang pelajar UM pada ketika itu, Tom Hayden.

Universiti ini adalah universiti yang pertama di Amerika yang menggunakan kaedah seminar untuk pembelajaran. Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy juga buat pertama kalinya menyebut tentang Peace Corps di sini. Presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson pula mendedahkan program anti-kemiskinannya yang dikenali sebagai Great Society di UM. Baru-baru ini, universiti ini berjaya di dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat untuk mengambil kira kaum sebagai salah satu faktor untuk kemasukan ke universiti ini. Walau bagaimanapun, kejayaan itu adalah sangat terhad. Pada tahun 2012, Presiden Barack Obama telah memilih UM untuk mengumumkan polisinya untuk mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh pelajar-pelajar universiti di seluruh Amerika Syarikat dengan mengawal kenaikan tuisen.


Previous Page Next Page