UiTM | |
Nama lama |
|
---|---|
Moto | Usaha, Taqwa, Mulia [1] |
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 1956 |
Bajet | 1.80 Billion (2022) |
Canselor | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim |
Naib Canselor | Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin [2] |
Pro-Canselor |
|
Pelajar | 175,910 (Mac 2024) |
Siswazah | 1,055,977 (Mac 2024) |
Ijazah/Sarjana | 10,483 (Mac 2024) |
Lokasi | , 3°04′10.9″N 101°30′13.2″E / 3.069694°N 101.503667°EKoordinat: 3°04′10.9″N 101°30′13.2″E / 3.069694°N 101.503667°E |
Kampus | 34 kampus di Malaysia |
Warna | Ungu, biru, kuning dan putih. [3] |
Laman sesawang | http://www.uitm.edu.my |
Universiti Teknologi MARA (Singkatan UiTM) ialah sebuah rangkaian universiti bertaraf universiti awam di Malaysia. Pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar.[4] Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi Institusi Pendidikan Tinggi Awam terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik) serta pelajar.
Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 12 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang menjadikannya 34 kampus keseluruhan di Malaysia. UiTM mempunyai hampir 20,000 staf akademik dan bukan akademik serta menyediakan lebih 500 program dari peringkat Pra-Diploma sehingga Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD). Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan juga ada sesetengahnya dalam Bahasa Melayu.