Moto |
|
---|---|
Jenis | Universiti swasta |
Ditubuhkan pada | 23 Ogos 1999 |
Canselor | TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas SMN, DUPN, SPDK, DP, DMPN, DJN |
Naib Canselor | Y.Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha |
Lokasi | , , |
Kampus | Putrajaya (kampus induk), Selangor, dan Muadzam Shah, Pahang. |
Nama samaran | UNITEN |
Penggabungan | Tenaga Nasional Berhad |
Laman sesawang | http://www.uniten.edu.my |
Universiti Tenaga Nasional (singkatan: UNITEN) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kajang, Selangor manakala kampus kedua terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN mempunyai lima kolej yang mengandungi 15 jabatan akademik. Program universiti ini menumpukan pada kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan bisnes dan bidang-bidang yang berkaitan[1].
Universiti Tenaga Nasional adalah antara universiti swasta yang pertama di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad, salah sebuah syarikat utiliti bekalan elektrik yang terbesar di Asia Tenggara.
Semua program akademik dirangka mengikut dasar, prosedur dan standard yang disediakan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) Malaysia. Beberapa program universiti ini juga diakreditasi oleh badan akreditasi luar negara.