Usman Awang | |
---|---|
![]() | |
Lahir | Wan Osman bin Wan Awang 12 Julai 1929 Kota Tinggi, Johor, Malaya British (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 29 November 2001 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 72)
Tempat pengebumian | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
Nama pena | Tongkat Warrant |
Pekerjaan | Penulis |
Genre | Fiksyen, sajak, cerpen, novel |
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) ialah seorang Sasterawan Negara Malaysia. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau ialah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan barangkali lain-lain lagi. Dalam tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.