Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Valentino Rossi

Valentino Rossi

Valentino Rossi
Nama samaran Rossifumi, Valentinik, The Doctor
Kewarganegaraan Itali Itali
Tarikh lahir (1979-02-16) 16 Februari 1979 (umur 45)
Tempat lahir    Urbino, Itali
Laman rasmi fanclubvalentinorossi.com
Rekod MotoGP
Pasukan Pasukan Fiat Yamaha
# Motosikal 46
Kejuaraan Dunia 125cc - 1997
250cc - 1999
500cc - 2001
MotoGP - 2002, 2003, 2004, 2005, 2008, 2009,
Perlumbaan 372
Kemenangan 89
Podium 199
Petak pertama 55
Pusingan terpantas 76
Mata kejuaraan 5415
Kedudukan 2021 18th (44 mata)

Valentino Rossi (lahir 16 Februari 1979[1] di Urbino) adalah seorang pelumba motosikal profesional berbangsa Itali serta juara dunia berbilang kali di dalam kejohanan MotoGP. Beliau adalah salah seorang daripada pelumba motosikal paling berjaya sepanjang zaman, dengan 8 kali gelaran juara dunia acara MotoGP. Pada tahun 2006, beliau terlepas gelaran ke-8 beliau kepada Nicky Hayden, dan tahun seterusnya pula dengan Casey Stoner. Menurut Sports Illustrated, Rossi adalah atlet sukan dengan pendapatan ke-7 tertinggi di dunia, dan kedua di luar Amerika Syarikat, dengan pendapatan lebih kurang AS$30 juta setahun.[2]

Mengikuti jejak langkah ayahnya, Graziano Rossi, Rossi mula berlumba di dalam Grand Prix Motosikal pada tahun 1996 untuk pasukan Aprilia dalam kategori 125 cc dan memenangi kejohanan sulung beliau pada tahun berikutnya. Dari situ, beliau beralih ke kategori 250 cc, sekali lagi dengan Aprilia, dan memenangi kejuaraan seterusnya pada tahun 1999. Beliau memenangi gelaran juara 500 cc dengan mesin Honda pada tahun 2001 dan seterusnya kategori MotoGP (juga dalam pasukan Honda) pada musim 2002 and 2003, dan seterusnya beralih ke pasukan Yamaha di mana beliau memenangi dua lagi gelaran juara dunia pada musim 2004, 2005 dan 2008.

  1. ^ "MotoGP Riders". MotoGP. Dicapai pada 2007-11-24.
  2. ^ SI.com - The Fortunate 50

Previous Page Next Page