Pengerusi | Pengerusi | ||
---|---|---|---|
|
Vissel Kobe (ヴィッセル神戸 ) ialah salah satu kelab bola sepak profesional yang popular dalam Liga Bola Sepak Profesional Jepun (J1). Kelab ini berpangkalan di Kobe, Wilayah Hyōgo, Jepun.
Perbelanjaan kakitangan pasukan bukan sahaja menduduki tempat pertama dalam Liga J., tetapi juga jauh melebihi purata semestinya bagi kelab dalam liga.[1]
Pada tahun 2014, kelab ini telah dilaburkan sepenuhnya ke dalam pelaburan pengurusan aset peribadi Hiroshi Mikitani, dan syarikat operasi yang sama dengan nama Rakuten Vissel Kobe Co., Ltd. Pengambil alihan kelab ini pun terpaksa dibuat, kerana kelab mengalami kesulitan dalam masalah fiskal setahun sebelumnya, dan sukar membayarkan yuran pemain-pemainnya.
Sejak diasas oleh pengurus pelabur, Vissel Kobe sudah dapat menghapuskan hutangnya-hutangnya melalui Pelaburan Mikitani.[2] Kelab ini sempat menjadi tajuk utama pada pelbagai akhbar selepas menjemput Andrés Iniesta dari Barcelona FC secara percuma dengan kontrak selama 3 tahun pada 2018.
Saat berada di kelab, Iniesta mempunyai peran sebagai pempengaruh bagi Liga J.. Atas kehadiran pemenang daripada Piala Dunia FIFA 2010 itu, jumlah penonton dan penyokong liga Jepun luar negara naik dengan angka mencuramkan. Meskipun mendapat kenaikan, selepas keputusan kelab yang mendadak untuk menjual Iniesta kepada Emirates Club pada Julai 2023, jumlah penonton dan penyokong liga J. dari luar negara terjejas akibat kecewa dengan sistem liga yang menyakiti dan tidak memandangkan penerimaan pemain pada masa lampau.