Voltan (kadang kala dikenali sebagai tekanan elektrik atau electrical tension; Jawi: ۏولتن ) ialah perbezaan keupayaan antara dua titik elektrik atau litar eletronik yang digambarkan sebagai volt.[1] Ia mengukur keupayaan tenaga bagi medan elektrik untuk menghasilkan arus elektrik dalam pengalir elektrik. Bergantung kepada perbezaan keupayaan elektrik, ia dikenali sebagai voltan amat rendah, voltan rendah, voltan tinggi atau voltan amat tinggi.