Waktu perdana (bahasa Inggeris: prime time ) ialah waktu dalam jadual rancangan televisyen seharian yang paling ramai penonton, maka itu menjadi waktu paling banyak pendapatan iklan penyiar televisyen. Sistem Nielsen Ratings direka khas untuk penyukatan jumlah penonton optimum mengikut waktu, terutamanya waktu perdana yang paling diberi tumpuan. Kebanyakan orang biasa menonton televisyen pada waktu perdana kerana selalunya berletih apabila balik dari kerja atau sekolah lalu terus membuka TV selepas makan malam. Selalunya inilah punca utama ratings tinggi untuk rancangan TV pada waktu ini, serta betapa menariknya waktu ini untuk para pengiklan.