Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | |
ISIN | US9344231041 |
Industri | |
Pendahulu | |
Ditubuhkan | 8 April 2022 |
Ibu pejabat | 230 Park Avenue South, Bandar Raya New York, New York, A.S. |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | |
Perkhidmatan | |
Jumlah aset | AS$103.299 bilion (anggaran) |
Pembahagian |
|
Anak syarikat |
|
Tapak web | www |
Catatan kaki/rujukan | |
[1][2][3] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Warner Bros. Discovery, Inc. (WBD) ialah konglomerat media massa dan hiburan multinasional Amerika Syarikat. Beribu pejabat di 230 Park Avenue South, Midtown Manhattan, Bandar Raya New York, syarikat itu ditubuhkan menerusi pemisahan WarnerMedia oleh AT&T dan penggabungannya bersama Discovery, Inc. pada 8 April 2022.
Harta syarikat dibahagikan kepada sembilan unit perniagaan, termasuk studio filem dan televisyen utama Warner Bros., HBO, CNN, Rangkaian A.S. (yang merangkumi hampir semua rangkaian kabel Discovery dan WarnerMedia, termasuk rangkaian Turner Entertainment, Cartoon Network dan Adult Swim, Discovery Channel dan rangkaian kembarnya, bekas saluran Scripps Networks Interactive seperti Food Network dan HGTV, dan kepentingan dalam The CW bersama Paramount Global), Sports (yang termasuk rangkaian Eurosport Discovery dan bahagian Turner Sports WarnerMedia), Penstriman & Hiburan Interaktif Global (yang termasuk perkhidmatan penstriman Discovery+ dan Max serta penerbit permainan video Warner Bros. Interactive Entertainment) dan rangkaian antarabangsa. Ia juga merupakan pemilik penerbit buku komik, DC Comics.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama wbdlaunch
Shareholders in the telecom giant now own 71% of the new company.....Discovery shareholders own 29% of the new company.