Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Jalan pintas di Wikipedia ialah sebuah halaman dengan nama pendek yang mengalih anda ke laman yang betul. Contohnya, WP:JP akan mengalih anda ke laman ini. Konsep ini dicipta untuk kemudahan pengguna Wikipedia mencari laman-laman khas Wikipedia, khususnya yang berkaitan polisi dan garis panduan supaya ia mudah dicari bagi dijadikan rujukan. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya kerana ia diperkenalkan untuk kemudahan anda.