Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Windows Vista (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Windows Vista ialah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM (Original Equipment Manufacturer) pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007 [2]Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu "Longhorn" sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005[3]. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows.
Windows Vista memberikan banyak taksiran negatif. PC World telah menyeneraikan #1 daripada "15 teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak pengguna suka bergantung pada XP, manakala lain-lain yang sudah meningkat telah menjatuhkan semula."[4] Kritikan Windows Vista memasukkan masa pembangunan yang berpanjangan, istilah perlesenan paling terbatas, pemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital baru bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi, kekurangan pemandu bahan untuk sesuatu perkakasan, dan pengguna ciri-ciri baru lain seperti User Account Control.