Wong Tack | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bentong, Pahang | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Digantikan oleh | Young Syefura Othman |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Seri Telemong, Bentong, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 Mac 1959
Parti politik | DAP |
Pekerjaan | Ahli politik, Pelindung alam sekitar |
Wong Tack (lahir 14 Mac 1959) adalah Ahli Parlimen Bentong yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1] Beliau merupakan ahli kepada DAP yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan.
Beliau telah tinggal di Sabah untuk beberapa tahun.[2] Merupakan Pengerusi Himpunan Hijau yang merupakan sebuah badan yang ditubuhkan bagi membantah projek Lynas di Pahang. Tapak projek telah ditetapkan di Gebeng, Kuantan.[3]
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau hampir dapat mengalahkan Liow Tiong Lai untuk kerusi Parlimen Bentong. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau akhirnya dapat menewaskan penyandang kerusi tersebut.