Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa AP; MD (UKM) | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Shahidan Kassim |
Menteri Kesihatan Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Khairy Jamaluddin |
Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sekijang, Johor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Natrah Ismail |
Majoriti | 1,734 (PRU-15) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 28 Jun 1964
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Dr. Ahmad Adzlan Musa |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (MD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Dr. Zaliha binti Mustafa (lahir 28 Jun 1964) ialah ahli Parlimen bagi Sekijang, Johor yang menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu.[1] Beliau kini memegang portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim bermula 11 Disember 2023. Sebelum itu, beliau adalah Menteri Kesihatan dari 3 Disember 2022 hingga 11 Disember 2023. Beliau mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan menduduki SPM pada tahun 1981.
Beliau kini ialah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Parti (JPP) dalam partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen Pakatan Harapan.[2]