Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Zaman Kofun


Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Kofun (古墳時代, kofun jidai) merupakan salah satu zaman dalam pembahagian tempoh sejarah Jepun yang dimulai pada 300 Masihi sehingga sekitar 550 masihi. Pada buku sejarah zaman dulu, zaman Kofun dan zaman Asuka pernah disatukan menjadi zaman Yamato, tapi dalam buku sejarah moden kedua-dua zaman ini dianggap sebagai dua zaman yang terpisah.

Kofun adalah makam pemerintahan atau bangsawan dengan tanah yang dibuat membukit yang menempati lokasi yang berbentuk perpaduan lingkaran dan persegi empat seperti lubang kunci. Ciri khas zaman Kofun adalah pembangunan Kofun secara terus menerus selama 300 tahun di banyak tempat di Jepun.

Pada zaman Kofun terjadi berkali-kali perang perebutan kekuasaan yang sengit, pelbagai cara teknik kotor, tipu muslihat dan strategi digunakan untuk berkuasa. Calon penguasa yang merasa lebih kuat tanpa ragu-ragu menyingkirkan semua penghalang termasuk membunuh saudara tiri atau saudara kandung. Pada zaman Kofun teknik irigasi untuk pengairan sawah berkembang dengan pesat.


Previous Page Next Page






Kofun-tydperk AF فترة كوفون Arabic Kofun dövrü AZ Кафун BE Кофун Bulgarian কোফুন যুগ Bengali/Bangla Període Kofun Catalan Období Kofun Czech Kofun-Zeit German Kofun period English

Responsive image

Responsive image